Kenali Kami



SMK LAJAU, PETI SURAT 81514, 87025 W.P.LABUAN.

1. SMK Lajau dahulu.






2. SMK Lajau sekarang


3. Pengetua:

i. Pengetua Pertama : Encik Abidin Marjan 1997-2001




1. Pingat/ Darjah Kebesaran / surat kepujian yang pernah diterima : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1999.
2. Tarikh Lahir 30 – 04 -1967 (pagi).
3. Tempat Lahir : Kg Kelanahan, Papar , Sabah.
4. Bangsa : Kedayan.
5. Pendidikan : Sekolah Rendah : SK Kelanahan, Papar (1972-1977)
Sekolah Menengah : SMK Majakir, Papar , Sabah (1978-1985)
Universiti : UKM (1986-1990)
6. Taraf Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sastera / Diploma Pendidikan (1990/1991).
7. Mula mengajar : 01-08-1991 (SMK Labuan).
Mula Mengajar di SMK Lajau : 01 -01 -1997.
8. Hobi : Bermain Badminton, berjogging dan membaca.
9. Matlamat Hidup : Berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.
10. Prinsip Hidup : Jangan susah-susah.
11. Aktiviti luar : Ketua Platun Rejimen 507 Askar Wataniah, Delta Kompeni, W.P.Labuan.

ii. Pengetua kedua : Tn. Hj. Mohamad Abu Bakar (2001 – bersara pada 16 Mei 2006)





1. Tarikh Lahir : 17 MEI 1950
2. Asal : Melaka.
3. Keturunan : Melayu
4. Pendidikan : UPM
5. Taraf : Diploma Kepimpinan Pendidikan (1998)
6. Mula Mengajar Di SMK Lajau : 6 Januari 2001 hingga 16 Mei 2006
7. Sejarah Perkhidmatan :

a) Government English School, Labuan 1970-1971.
b) SMK Badin Tuaran, Sabah 1974-1980.
c) Pensyarah Sambilan Bagi Kursus Asas Perguruan Dalam Cuti 1974,1977, 1978, 1979.
d) Maktab Kent Tuaran, 1980-1984.
e) SMK Labuan. 2/1/1988 – 1989.
f) Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah 1989-1990.

8. Prinsip Hidup : Belajar melalui pengalaman dan belajar melalui kesilapan..




iii. Pengetua Ketiga : Encik Sahar Misron 2006 hingga sekarang.




1. Nama: Sahar Bin Misron

2. Pingat/Darjah Kebesaran/Surat Kepujian yang pernah diterima:
Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2001
Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2004
Surat Penghargaan Bahagian Buku Teks
Surat Penghargaan Jemaah Nazir Sekolah
Surat Penghargaan Bahagian Pendidikan Guru

3. Tarikh lahir: 3 MEI 1959

4. Tempat lahir: Sg Lumas, Senggarang, Batu Pahat, Johor

5. Bangsa: Melayu

6. Pendidikan : Sekolah Rendah: i. Sekolah Rendah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat, Johor

Sekolah Menengah: i.Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat,
ii. Sekolah Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat
iii. Sekolah Dato’ Seri Amar Diraja, Muar

Universiti: i. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
ii. University Of Bristol, United Kingdom

7. Taraf kelulusan: i. Sijil Guru, Mprm, Seremban 1981
ii. B.A (Hons) Geografi 1991
iii. ME.D “Management, and Language Teaching” 1998
iv. Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan (Npqh) 2001
v. Diploma Kepemimpinan Pendidikan, IAB 2001

8. Mula mengajar: 5 Januari 1981

Mula Bertugas di SMK Lajau: 16 Jun 2006

9. Hobi: Mengembara, Mendaki Gunung, Menulis Puisi, Cerpen Dan Catatan Pengembaraan, Membaca, Dan Berkebun.

10. Matlamat Hidup: Keluarga Bahagia Dan Berkongsi Kebaikan Dengan Orang Lain

11. Prinsip hidup: ”Tidak Mudah Mengalah”, Dan
”Mencipta Kejutan Dan Kejayaan”

12. Aktiviti Luar: Ketua 2 Persatuan Penulis W.P Labuan (Perwila)
Ahli Pemadam Seumur Hidup
Ahli Penulis Dpmp, Pahang
Ahli Persatuan Penulis Kuala Lumpur
Ahli Kelab Sastera Dbp

4. Sejarah Sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau atau dikenali sebagai SEMELA, terletak di Kampung Lajau, kira-kira 9 kilometer dari pusat bandar Labuan. Sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah yang asalnya merupakan tanah paya dengan keluasan 5.12 ekar. Sekolah ini dikelilingi oleh hutan-hutan kecil yang menjadikannya satu lokasi yang estetik bagi mereka yang menggemari kehijauan alam sekeliling di samping iklim dan suasana yang tenteram memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan.

Pada awal tahun 1997, sekolah ini telah mula beroperasi dengan proses kemasukan pelajar-pelajar ke tingkatan satu. Kumpulan pertama pelajar perintis SEMELA terdiri daripada 419 orang dengan pecahan kelas sebanyak 12 buah. Kebanyakan pelajar yang belajar di sekolah ini datang dari sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, selaras dengan penubuhannya, iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar setempat mengejar ilmu pengetahuan.

Pada 1 Disember 2001, SMK Lajau telah dinaiktaraf dari sebuah sekolah Gred B ke sekolah Gred A dengan pengambilan pelajar tingkatan enam dengan seramai 50 orang murid dari sekitar Pulau Mutiara Laut China Selatan. Pada tahun 2003 selaras dengan perkembangan vokasional aliran MPV Rekaan dan Jahitan Pakaian diadakan. Aliran MPV ini menerima seramai 25 orang murid dengan guru pertamanya Pn. Winnie Hon Fui Ree. Dan Pada tahun 2009 SMK Lajau mencipta sejarah lagi dengan mengadakan Program Pendidikan Khas Intergrasi. Program ini menerima seramai 11 orang murid dari tingkatan 1 hingga 6 dengan seramai 6 orang guru.

LATAR BELAKANG SMK LAJAU

Asal-usul nama sekolah

Pada mulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau dibina untuk sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan Labuan 3. Oleh kerana sekolah-sekolah menengah yang sedia ada di Wilayah Persekutuan Labuan ini tidak dapat menampung permintaan kemasukan pelajar-pelajar ke tingkatan satu, Sekolah Kebangsaan Labuan 3 telah ditukarkan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan II.

Sebab nama itu dipilih

Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan II ditukarkan kepada SMK Lajau, mengambil nama bersempena dengan Kampung Lajau. Nama SMK Lajau digunakan sehingga hari ini.


Tarikh nama itu digunakan

Nama SMK Lajau telah mula digunakan pada 6 Januari 1997 lagi iaitu ketika pertama kalinya sekolah ini mula beroperasi.

5. Tapak dan Lokasi Sekolah.



6. Guru Tahun Pertama 1997.




Berdiri di belakang dari kiri : Mohd Firlii Abdullah, Mat Sani Yusuf, Parid Ahmad, Isa Sidin, Suzadi Suhaili, Zamri Palen, Mazlan Ishak, Rosli Abdullah, Yaakub Ajih, Rashid Bunari(Allahyaham), Masri Ayong, Kassim Puteh, Samsul Mandisin.
Berdiri tengah dari kiri : Thaharuddin Yusuf, Suzana Asbollah, Nurul Hidayah, Rayani Yusuf, Kamariah Bakar, , Jailas Aliudddin , Seri Kandi Muali,
Duduk dari kiri : Roseline Felis, Jane Chew, Dayang Damit, Siti Zubaidah Salleh , Sabariah Abd Khalid, Abidin Marjan(Pengetua), Ipah Jenin, Dona Undoh, Rohani, Ang Bee Uan, Clare Ulom
7. KTBM Yang Pertama Tahun 1997





Berdiri : Siti Hj Kurus, Nya Rose, Mnasur,9 Allahyaham), Awang Hj Kadir, Jauyah Hj Taim.
Duduk : Suhana Sablee, Dona Undoh, Ipah Jenin, Abidin Marjan, Sabariah Abd Khalid, Siti Zubaidah Salleh.

8. Guru Yang Pertama Mendaftar tahun 1997




1. Nama : Kassim Puteh.
2. Tarih Lahir : 26-05-1948. (siang)
3. Tempat Lahir : Kg Sagoking, Labuan.
4. Bangsa : Melayu.
5. Pendidikan : Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Pekan Labuan (1956)
Sekolah Menengah : Government English Secondary
School(1963)
Maktab : Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Sabah. (1970)
6. Taraf kelulusan : HSC (Am) 1978.
7. Tarikh mula mengajar : 01-10-1973.
8. Tarikh mula mengajar di SMK Lajau : 02-10-1997.
9. Sekolah Pertama Bertugas : Sekolah Rendah Kebangsaan Rancha-Rancha (1973).
10. Hobi : Membaca, dan bersilat.
11. Matlamat Hidup : Sihat, sejahtera dan maju dalam bidang perubatan Hemopathy.
12. Prinsip Hidup : Berdisiplin, berilmu dan berdikari.

9. Murid Pertama mendaftar Tahun 1997.




1. Nama : Ang Beng Wee.
2. Tarikh lahir : 17-07-1984 (6.00 pagi)
3. Tempat lahir : Bandar Seri Begawan, Brunei Darulssalam.
4. Bangsa : Cina.
5. Pendidikan : Sekolah Rendah : Sk Lubok Temiang (1991-1996)
Sekolah Menengah : SMK Lajau (1997-2006
6. Peperiksaan yang diduduki : PMR (1999), SPM (2001)
7. Hobi : Bersukan dan membaca Novel.
8. Matlamat Hidup : Menjadi manusia berguna.
9. Prinsip Hiudp : Hidup biar bererti kerana hidup hanya sekali.



VISI
SMK LAJAU TERBAIK TAHUN 2015
MISI

MOTTO
PIAGAM PELANGGAN