Saturday, October 20, 2012

Majlis Konvokesyen dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2012

SMK Lajau mengadakan Majlis Konvokesyen kali kedua dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2012. Majlis ini diadakan pada 20 Oktober 2012 yang bertempat di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan. Perasmian Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran W.P.Labuan Puan Mesterine Radin. Turut hadir pada Majlis ini ialah YDP PIBG SMK Lajau En. Sudin Omar yang jua merupakan Ketua Kampung Lajau. 
Pada Majlis ini seramai 120 orang pelajar tingkatan 5 dan Prau Atas menerima sijil masing-masing. Di samping itu ramai pelajar juga menerima anugerah masing-masing. Anugerah Khas Pengetua diterima oleh adik Saifuddin Mat Bair di atas kecemerlangan Beliau di Peringkat Sekolah, Negeri dan Kebangsaan.
Semoga SMK Lajau terus maju. 

Thursday, October 4, 2012

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Monday, October 1, 2012

Kejayaan Sekolah 2012

1. Kempen Cintai Alam sekitar TOYOTA ECOYOUTH tempat ketiga peringkat kebangsaan. wang tunjai RM3000.
2. Pidato PNB peringkat kebangsaan. keempat Saifuddin Mat Bair. ASB berbentu sijil RM800.
3. Robotik ke peringkat kebangsaan.