Wednesday, May 30, 2012

Sambutan Hari Guru Tahun 2012

Jumaat 25 Mei 2012 sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah diadakan. Sambutan ini dikendalikan oleh pelajarPra Universiti SMK Lajau. Sambutan ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Sukaneka, perlawanan futsal dan sebagainya. Terima Kasih Cikgu.

Wednesday, May 23, 2012

Majlis Watikah RektorDan Ikrar PraUniversiti Penggal 1

Pada 22 Mei 2012 Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Rektor dan Ikrar Pra Universiti Penggal 1. Majlis ini diadakan di Anjung Budaya Taman Damai Kg Layang-layangan. Tetamu kehormat pada Majlis ini ialah YB Datuk Yusuf Hj Mahal. Beliau telah dilantik sebagai Rektor SMK Lajau dalam majlis ini. Dalam majlis ini Ahli Parlimen P166 telah menyumbang sebanyak RM5000 untuk kegunaan pelajar membeli buku-buku rujukan Pra-Universiti.Dalam masa yang sama, diadakan juga pembacaan Ikrar Pra Universiti Penggal 1 sempena Penutupan Minggu Orentasi Pelajar Tingkatan Enam.

Kempen Alam Sekitar dan Gotong Royong di Kampung Bebuloh

Pada 5 Mei 2012 diadakan goyong royong perdana di Kampung Bebuloh. Gotong royong dianjurkan sempena Program Toyota EcoYouth yang sedang dilaksanakan di SMK Lajau. Gotong royong ini dianjurkan dengan kerjasama Toyota, SMK Lajau, Jabatan Saliran dan Pengaliran WP Labuan, Penduduk Kampung Bebuloh Laut dan Perbadanan Labuan.

Wednesday, May 9, 2012

Sambutan Hari Jadi

Isnin - 30 April 2012. Buat julung kalinya warga SEMELA menyambut ulang tahun kelahiran untuk semua warganya yang lahir pada bulan Jan hingga Mei. Satu Majlis ringkas diadakan di Dataran Gemilang SMK lajau. turut hadir pada hari tersebut ialah Tuan Haji Sudin Omar YDP PIBG merangkap Ketua Kampung Lajau. Dalam Majlis ini setiap warga diberi Kad Harijadi, Kek dan Pen.

Kemasukkan PRA-U bawah

8 Mei 2012 SMK Lajau menerima kedatangan PRA-U bawah.

Kursus ICT di Makmal Komputer

5 Mei 2012 diadakan Bengkel Pengoptimuman ICT dalam P & P untuk guru-guru SMK Lajau, Bengkel ini dianjurkan oleh unit ICT SMK Lajau. Penceramah yang terlibat ialah En. Narimin Naridin seorang Pegawai di Unit Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pelajaran WP Labuan. Bengkel Ini mendapat kerjasama daripada BTPN WP Labuan.Seramai 40 orang guru yang terlibat dalam Bengkel ini. Dalam bengkel ini guru didedahkan dengan ciri-ciri guru dan murid pada abad ke-21. Di samping itu juga guru didedahkan dengan kemahiran yang perlu ada pada seorang guru pada abad ke-21.