Saturday, July 2, 2011

Larian 1 malaysia

SMK Lajau-2 Julai 2011 telah menyertai larian 1 Malaysia yang bermula di pekarangan sekolah hingga ke balai raya Kampung Lajau. Larian ini disertai oleh seluruhan warga sekolah termasuk PIBG. Di samping itu diadakan juga ceramah kesihatan yang disampaikan oleh En. Zamri Palen ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Turut diadakan juga pertandingan Futsal dalam kalangan pelajar lelaki dan ceramah dari LPPKN untuk pelajar wanita. 1 Murid satu sukan.

Friday, July 1, 2011

Pengetua Baru 1 Julai 2011

1 Julai 2011 SMK Lajau mencipta sejarah baru apabila sekolah ini di terajui oleh seorang Pengetua dari kaum Hawa iaitu Puan Hajah Zamzam Binti Abdul Rashid. Satu sambutan sederhana diadakan di Dataran Gemilang untuk menyambut kedatangan beliau yang tiba pada pukul 9.30 pagi bersama rombongan dari SMK Mutiara.