KECEMERLANGAN PELAJAR
Kualiti-Kualiti &
Jati Diri Pelajar Cemerlang
Petikan Kata-Kata
Motivasi Belajar:
"Kemahiran
belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh
meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." - (Gall &
Rakan-Rakan, Tools for Learning).
Pengenalan
Artikel ini memaparkan
9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar
cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar
terapkan dalam diri dan sanubari.
Pelajar Cemerlang
Pelajar yang cemerlang
bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya.
Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian
cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai
cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Pelajar yang cemerlang
boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa
bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil
hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh
Allah S.W.T..
Bijak
Pelajar yang cemerlang
bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia
menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan
menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa
berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari
perkara-perkara yang mendatangkan faedah.Cergas
Pelajar yang cemerlang
sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga
pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri
serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan
dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih
tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
Pelajar yang cemerlang
sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga
pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri
serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan
dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih
tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
Pelajar yang cemerlang
sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga
pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri
serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan
dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih
tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
Dedikasi
Pelajar yang cemerlang
amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas
dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati.
Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam
apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang
terbaik.
Elok
Pelajar yang cemerlang
baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai
perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri
daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan
maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang
menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran
dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung
baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.
Faham
Pelajar yang cemerlang
lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan
ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya
memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang
ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang
dipelajarinya.
Gigih
Pelajar yang cemerlang
sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar
setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan
semua guru yang mengajarnya.
Hasrat
Pelajar yang cemerlang
sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang
sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya
itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk
mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Iman
Pelajar yang cemerlang
sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan
selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan
apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru,
undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Sekian.
Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.